Bad Genius

Bad Genius (Melayu: Genius Jahil/ݢى نيوس جاهل) dikenali dalam bahasa Thai sebagai Chalard Games Goeng (ฉลาดเกมส์โกงcode: th is deprecated ),[lower-alpha 1] ialah filem debaran Thailand 2017 yang diterbitkan oleh Jor Kwang Films dan diedarkan oleh GDH 559. Ia diarahkan oleh Nattawut Poonpiriya, dan pelakon bagi protagonis utama ialah Chutimon Chuengcharoensukying (چهوتيمون چهوى ع چهاروى نسو کيع) yang memulakan kerjaya filem cereka pertamanya.Lynn Bank (لينه بانک), pelajar yang selalu mendapat markah A dalam pelajaran mula mencipta skim penipuan peperiksaan yang akhirnya bertambah parah sehingga penipuannya berlanjut ke peringkat antarabangsa.Terinspirasi daripada berita kehidupan yang sebenar, tentang sebuah peristiwa pelajar yang menipu SAT, filem ini memindahkan struktur rompakan ke persekitaran peperiksaan sekolah, dan menampilkan tema ketidaksamaan kelas serta isu sosial remaja. Pendatang baharu dalam industri filem Thailand banyak melakonkan karakter filem ini: Chanon Santinatornkul, Teeradon Supapunpinyo dan Eisaya Hosuwan sebagai rakan sekelas Lynn, Pat (ڤات) dan Grace (ݢراچى), manakala Thaneth Warakulnukroh memegang karakter Ayah Lynn (إياه لينه). Penggambaran dalam filem berlangsung di Thailand dan Australia.Bad Genius rasmi tayang pada 3 Mei 2017. Selama dua minggu ia berjaya menduduki peringkat pertama dalam senarai pawagam Thai dan mendapat penghasilan lebih daripada 100 juta baht (AS$3 juta), filem Thailand dengan kutipan tertinggi pada tahun 2017. Di luar negara, Bad Genius memejalkan rekod pelbagai pendapatan filem Thai di beberapa negara Asia, termasuk China, di mana pada negara itu sahaja filem ini telah memperoleh lebih $30 juta. Bad genius ialah filem Thai paling berjaya yang pernah ada di peringkat antarabangsa. Ahli pengkritik memuji filem itu kerana penceritaannya yang menarik walaupun latar belakang yang agak pelik. Pengkritik memuji pendatang baharu atas kemampuan melakon mereka, terutamanya lakonan Chutimon. Filem ini memenangi dua belas kategori yang memejalkan rekod sebelumnya di Anugerah Filem Kebangsaan Suphannahong ke-27, serta pelbagai anugerah di litar festival antarabangsa.

Bad Genius

Bahasa Thai
Disunting oleh Chonlasit Upanigkit
Muzik oleh Hualampong Riddim
Pengarah Nattawut Poonpiriya
Penulis
Dihasilkan oleh
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Phaklao Jiraungkoonkun
Tarikh tayangan
  • 03 Mei 2017 (2017-05-03) (Thailand)
Masa tayangan 130 minit
Negara Thailand
Dibintangi
Diedarkan oleh GDH 559